Tuesday, September 27, 2011

KEMBAR BINATANG

Di Pantai Remis, Perak, terdapat seorg tua yg di kenali sbg Tok Ayah, berusia dalam linkungan 70an. Menurut cerita Tok Ayah dia mempunyai 2 org saudara kembar, yg lahir sejam awal darinya. Ibunya dikatakan telah melahirkan anak kembar 3. Kesemuanya adalah lelaki. Anak pertama dan kedua yang dilahirkan adalah seekor ular manakala adiknya yg ke 3 barulah Tok Ayah sendiri. Di peringkat awal ke 3 tiga beradik itu dipelihara oleh ibunya seperti biasa, sehinggalah hari ke 7, di adakan majlis cukur kepala.

Setelah si adik selesai upacara mencukur kepala, maka bidan kampung yg menjalankan upacara tersebut telah mengambil 2 jemput bertih di letak di dalam 2 piring dan di berikan kepada 2 kembar si adik tadi. Sambil berkata “ Bermula dari hari ini, hampa berdua pergilah bawa diri ke dunia hampa dan dia biarkan dengan dunia dia “.......setelah selesai makan, ke dua 2 kembar ular tadi pon turun membawa diri ke dunia mereka dan bermula dari hari itujuga si adik tidak lagi bersama dengan abg-2nya secara nyata cuma merasai akan kehadiran kembarnya itu.

Pada hari-hari tertentu, jika si ibu atau si adik ingin berjumpa dengan ular-ular tersebut, mereka akan menyeru nama si abang. Mereka di kenali dgn pangilan Syeikh Besar dan Syeikh Kecil. Di fahamkan sekarang ini, ular tersebut telah membesar menjadi seperti seekor naga. Apabila nama diseru, akan munculah si abg-abg tadi, melalui celah-2 semak untuk bersua muka dengan ibu dan adik kembarnya.

Cerita yg sama juga dikatakan berlaku kepada, pengasas seni silat Gayong, Almarhum Mahaguru Datuk Meor Abd Rahman juga lahir bersama-sama kembarnya iaitu seekor anak ular. Ayahnya, Daeng Uda Mohd Hashim telah mendapat alamat untuk melepaskan ular tersebut ke dalam hutan.

Pada malam berikutnya, Uda Mohd Hashim telah bermimpi ular yang dilepaskan itu telah berubah menjadi seekor naga. Dengan erti kata lain, gambar naga yang terdapat pada logo persatuan Silat Gayong tersebut membawa maksud kembar kepada mahaguru Datuk Meor Abdul Rahman.

Sejauh mana benarnya perkara ini, mmg sukar untuk dipastikan kebenarannya. Hanya yg mengalami saja yg tahu akan kebenaranya. Namun, cerita-2 sebegini mmg banyak berlaku di kalangan masyarakat Melayu kita sejak dari dulu sampai sekarang ini, sekalipun kita sudah menjengah era melinium.
Persoalannya, secara biologi, bolehkah manusia dilahirkan kembar bersama binatang?

4 comments:

Anonymous said...

Assalamulaikum,
saya ingin bertanya adakah Tok Ayah tersebut masih hidup? Di kampung datuk saya di utara pun ada kisah yang serupa. Kata mak saya bukan mitos, kisah benar... Wallahualam...

Lienhua

Anonymous said...

Salam, fenomena2 ganjil ni agak sukar untuk mencari mereka yang ahli dalam bab ini. Syor saya dapatkan buku "MISTERI ALAM MELAYU" yang ditulis oleh Ustaz Haji Ahmad Che Din Yang Di Pertua Abjad Malaysia.

Sekian..

~One~ said...

Salam..
Maaf sekadar ingin berkongsi apa yg dipelajari sebagai pelajar Biologi. Secara logiknya memang mustahil sebab diri kita terbentuk dari dua genetik (Ayah&Ibu) dan genetik manusia dan ular berbeza dari segi susunan DNA mahupun bilangan Pasangan kromosom pada sel.Jelas disini Manusia hanya mempunyai 46 kromosom dalam bentuk 23 pasang manakala ular 74-78 kromosom bergantung kepada jenis dan lebih menarik lagi Naga memang tidak wujud dalam alam realiti.Ianya mitos yg berasal dari cerita2 dari negara cina.Namun tidak saya nafikan kuasa Allah dalam menjadikan sesuatu mengikut kehendakNya.Waallahualam...

Tengku Aishah said...

Makcik aishah ada seorg kembar ular . Semua perkara blh terjadi dgn kuasa allah .