Friday, December 31, 2010

Selamat Tahun Baru

Selamat Tahun Baru 2011.............mudah-han tahun 2011 ni membawa seribu pengertian dan seribu rahmat..........aminn

Wednesday, December 1, 2010

Tuesday, November 2, 2010

DISAKAT KAK PON DAN BUDAK BOTAK

Setelah hampir 2 bulan PT ( Pak Tam ) menetap di rumah yg di sediakan oleh Compeny PT, maka pada suatu mlm terjadilah satu perkara yg melucukan yg mungkin tak dapat Pak Tam lupakan.
Appartmant 2 bilik yg menyajikan panorama indah, pada mulanya tidak menunjukkan tanda-2 yg luar bias………sehinggalah pada suatu mlm. Seperti biasa sebagai seorg perantau…..sekali sekala terpaksa juga balik utk menjenguk family di Manjung, Perak. Dah menjadi satu kebiasaan PT akan bertolak balik dari Manjung ke Penang sebelah malam. Nak di jadikan cite pada mlm tersebut, dalam perjalanan balik dari Manjung, masuk saja Tol Cangkat Jering………..tiba-2 PT dan rakan PT terhidu haruman kasturi menyelubungi di dalam kereta kami………..bila di perhatikan ternampak seorg tua yg menumpang kami…………maka kami pun buat tak tau la………hilang saja org tua tersebut tiba-2 terhidu pula haruman bunga tanjung , di lihat di dalam cermin pandang belakang terlihat seorg perempuan yg memakai pakaian serba putih menumpang kami pula. Wpun Nampak tapi kami buat-2 tak Nampak aja.
Sehinggalah tiba d rumah penginapan dalam kul 1.00 pg…………badan terasa letih sangat. Akhirnya PT terus tertidur di dalam bilik PT dalam keadaan gelap gulita, rasa malas nak membuka lampu. Lebih kurang 15 minit tertidur………tidur PT telah di kejutkan oleh 2 org kanak-2 yg membuat bising hampir dengan kepala PT dan dok menepuk bantal yg PT tidur………..apa lagi mengamuk juga PT…….” Pergilah jgn ganggu aku nak tidor “………mereka teruskan juga ……..tiba-2 di hujung kaki PT terlihat pula seorg perempuan yg sedang berdiri……..n kemudian menarik narik ibujari kaki PT. Tiba-2 bulu romah tegak berdiri………..terasa seram sejuk la pula…………mungkin sejuk acond yg d pasang………hehehe.
Apa lagi terus PT bangun dan keluar dari bilik. Menuju ke ruang tamu………di mana sahabat PT baru nak tidor. Dia hairan melihat PT yg tiba-2 keluar………..sedangkan dia dah tengok PT tidor tadi. Setelah menceritakan apa yg PT alami kepada dia n selesai saja menghisab sebatang rokok………maka PT pun kembali ke bilik utk menyambung tidor………..baru nak lena tiba-2 PT sekali lagi di kejutkan bila terasa ada sesuatu yg bergerak di sebelah belakang PT. ……..bila d toleh aja………apa yg terlihat rupa-2nya sahabat PT……….yg entah bila telah masuk ke bilik PT, lalu tidur d sebelah PT. Bila di Tanya……….rupa-2nya selepas PT masuk bilik………..dia pula telah di ganggu…………hehehehe…………….

Wednesday, May 19, 2010

PAPUA DAN CENDERAWASIH SURATAN ATAU KEBETULAN


Adakah pembentukan pulau Papua dgn Burung Cenderawasih ada persangkutan dan mengapa spisis burung cenderawasih banyak hidup membiak di pulau tersebut ! Mungkin ianya satu kebetulan atau mmg ada cerita di sebalik pembentukan pulau Papua yg menyerupai burung cenderwasih itu.
Papua adalah pulau kedua terbesar di dunia. Pada sekitar Tahun 200 M , ahli Geography bernama Ptolamy menyebutnya dengan nama LABADIOS. Pada akhir tahun 500 M, pengarang Tiongkok bernama Ghau Yu Kua memberi nama TUNGKI, dan pada akhir tahun 600 M, Kerajaan Sriwijaya menyebut nama Papua dengan menggunakan nama JANGGI. Tidore memberi nama untuk pulau ini dan penduduknya sebagai PAPA-UA yang sudah berubah dalam sebutan menjadi PAPUA. Pada tahun 1545, Inigo Ortiz de Retes memberi nama NUEVA GUINEE dan ada pelaut lain yang memberi nama ISLA DEL ORO yang artinya Pulau Emas. Robin Osborne dalam bukunya, Indonesias Secret War: The Guerilla Struggle in Irian Jaya (1985), menjuluki provinsi paling timur Indonesia ini sebagai surga yang hilang.

Papua telah dikenal akan kekayaan alamnya sejak dari dulu. Pada abad ke-18 Masehi, para penguasa dari kerajaan Sriwijaya, mengirimkan persembahan kepada kerajaan China. Di dalam persembahan itu terdapat beberapa ekor burung Cendrawasih, yang dipercayai sebagai burung dari taman surga yang merupakan haiwan asli dari Papua. Dengan armadanya yang kuat Sriwijaya mengunjungi Maluku dan Papua untuk memperdagangkan rempah – rempah, wangi – wangian, mutiara dan bulu burung Cenderawasih.

Tanah Papua sangat kaya. Tembaga dan Emas merupakan sumber daya alam yang sangat berlimpah yang terdapat di Papua. Papua satu masa dulu terkenal dengan pengeluaran emasnya yang terbesar di dunia dan pelbagai kekayaan alam yang begitu merlimpah ruah. Papua juga disebut-sebut sebagai syurga kecil yang jatuh ke bumi. Papua merupakan syurga keanekaragaman hayati yang tersisa di bumi saat ini.
Pada tahun 2006 diberitakan suatu team survey yang terdiri daripada org-2 Amerika, Indonesia dan Australia mengadakan peninjauan di sebagian daerah pegunungan Foja Propinsi Papua Indonesia. Di sana mereka menemukan suatu tempat ajaib yang mereka namakan "dunia yang hilang",dan "Taman Firdaus di bumi", dengan menyaksikan puluhan jenis burung, kupu-kupu, katak dan tumbuhan yang belum pernah tercatat dalam sejarah. Jika di jaga dengan baik kazanah alami ini, maka orang Papua pasti akan lebih makmur dengan kekayan alam yang melimpah ruah.
Jadi tidak hairanlah mengapa dewasa ini ramai org memburu burung cenderawasih yg dianggap bertuah kepada sesiapa yg memilikinya. Papua juga dikatakan syurga burung cencerawasih. Jadi adakah Pulau Papua yg mempengaruhi kewujudan Burung Cenderawasih atau mungkinkah Burung Cenderawasih yg mempengaruhi pembentukan Pulau Papua.

Saturday, April 10, 2010

Kumbang Tranfomer



2 minggu lepas office aku telah dikejutkan dgn penemuan seekor kumbang yg mirip muka Tranfomer atau muka org...............lihat kedua-2 gambar tersebut.........nak kata kumbang spisis apa.....aku pon tak tau..........tapi ia mmg benar-2 anih.......tapi itulah kuasa Allah swt.........apa pon boleh jadi.......

Wednesday, March 17, 2010

AL- FATIHAH BUAT TEMAN DAN JUGA GURU



Al Fatihah Buat Arwah Hasbullah....

Pada tanggal 15 hb Mac 2010, jam 5 pg aku mendapat perkhabaran mengenai kehilangan seorang teman karib yg juga merupakan seorg guru bagi ku.

2 minggu yg lepas aku dikunjungi oleh Arwah, setelah sekian lama tidak bersua muka......mungkin masing-2 sibuk dgn urusan masing-2...... Al-fatihah utk beliau yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 4.00a.m 15hb Mac 2010 di Hospital Putrajaya.

Menurut adiknya, Arwah mengadu sesak nafas.....dan mmg itupun masalahnya yg aku di beritahu, sejak kebelakangan ini dan ketika aku bertemu dgn arwah 2 minggu lepas. Sebelum ini telah beberapa kali arwah telah dimasukkan ke Hospital Besar Ipoh......oleh kerana sakit yg tidak reda akhirnya arwah telah dibawa pulang oleh isterinya ke kg halaman suaminya di Pucong, Selangor. Hinggalah pada awal pagi jam 3, keadaan arwan semakin gawat....yg akhirnya arwah telah dihantar oleh adiknya ke Hospital Putrajaya. Doktor telah memasukkan arwah ke ICU.....yg akhirnya kira-2 1 jam berada di dalam ICU arwah telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 4.00am.

Setelah melalui rawatan ctscan, doktor mengesahkan kedua-2 buah pinggang arwah telah tidak berfungsi atau dgn kata lain telah rosak. Darah beku telah menghalang pengaliran darah ke buah pinggang. Itulah yg menyebabkan beliau sakit yg teramat sangat.

Pembedahan juga tidak dapat dilakukan kerana tekanan darah yg terlalu tinggi. Jadi, doktor terpaksa menunggu tekanan darah menurun hingga ke tahap seminimum yg boleh supaya tidak menghadapi risiko yg terlalu tinggi. Segala usaha telah dilakukan termasuk memasang mesin-mesin bantuan namun Allah lebih menyayangi arwah, yg akhirnya pada 4.00 pagi, beliau telah menghembuskan nafas terakhir...


Al-Fatihah.....buat Hasbullah dan Takziah buat keluarganya...........Aminnnn

Monday, January 25, 2010


Jangan, jangan dan jangan

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita
(yang bukan disengajakan) .


Jangan
masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.



Jangan
makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.



Jangan
biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.



Jangan
tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).


Jangan
makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.



Jangan
keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.



Jangan
pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.



Jangan
biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.



Jangan
menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.



Jangan
ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.



Jangan
mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.



Jangan
lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti
kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.



Jangan
bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.



Jangan
banyak ketawa. Nanti mati jiwa.


Jangan
biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.



Jangan
suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.



Jangan
terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.



Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.

Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.


Wasalam