Wednesday, January 14, 2009

Bertemu Dengan Sunan Melayu

Kira-kira 2 minggu yg lepas, aku mendapat panggilan dari seorang teman aku Zaini……” Dato’ malam ni kul 10.00 tunggu di Era ( Restoran Era port kami lepak ) kita pi jumpa Sunan.” Tanpa banyak soal……….aku pon kata ok, tapi dalam hati aku tertanya-tanya siapakah gerangan sunan tersebut dan di manakah ianya tinggal………namun persolan tersebut aku biarkan ianya berlalu begitu saja…………kalau difikirkan pon bukan aku akan dapat jawapannya……….so tunggu ajalah malam nanti.

Seperti yang dijanjikan kami pon berkumpul di Era………Aku yg paling awal sampai ( kul 9.50 dah tercegat d Era ), tepat kul 10.00 mlm Ustz pon sampai sambil tersenyum menampakkan giginya, 5 minit kemudian Din lak sampai dan yg akhir sampai adalah Zaini. Bila semua dah ada, kami pon bertolak Kami pergi dgn kereta Zaini ………..dalam kereta aku bertanya kita nak pi belah mana malam ni………..lalu Zaini menjawab, “ kita p belah Pantai Remis , hang ikut aja lah “………mendengar jawapan dari Zaini maka aku pon terdiam dan tidak berkata-kata lagi sambil terus melayan fikiran ku yg entah kemana melayangnya.

Lebih kurang 45 minit melayan fikiran…………tiba-tiba Zaini memperlahankan keretanya, lalu masuk di satu jalan kg. yg dikelilingi oleh pokok kelapa sawit…………lebih kurang 10 minit melalui ladang kelapa sawit…………kami pon sampai kedestinasinya. Kami pon keluar dari kereta, apa yg aku lihat adalah panorama sebuah teratak kampong di dalam kesamaran lampu yg terpancar dari teratak tersebut……keadaan sekeliling amat sunyi…..sekali sekala terdengar bunyi cengkerek dan burung kuang maklum la dah dekat kul 12 tgh. mlm…….Ustz. memberi salam dan kemudian diikuti pulak oleh Zaini………aku dan Din hanya mengikut je……sambil tak abis-abis dok memerhatikan keadaan sekeliling……..aku dapat rasakan keadaan dan suasana yg tenteram dan damai sekali.

Dalam aku mengelamun tiba-tiba aku terdengar “ Waalaikumussalam…..”….suara orang menjawab salam dengan nada yg lembut………..lalu aku perhatikan kearah bunyi suara tersebut dan aku lihat seorg tua separuh umur…….berbadan kecil tapi agak kemas……keluar dengan senyum sambil menyambut salam kami. Lalu org tua tersebut mempelawa kami duduk di pangkin depan umah dia……..pangkin yg terletak di bawah pokok mangga besar………..terasa nyaman aja……….bila ditiup bayu malam.

Org. tua itu membetulkan silanya sambil menanya akan tujuan kedatangan kami, dari perbualan yg aku dengar diantara Zaini, Ustz dan org tua tersebut, baru aku tahu yg Zaini sudah lama mengenali org tua tersebut, sedangkan aku dan Din, baru pertama kali datang. Maka aku biarkan mereka meneruskan perbualan mereka, aku lebih senang mendiamkan diri dan sekali sekala baru aku campor…………( nanti org kata sombong lak………dan kalau terlebih cakap org kata nak memandai-2 lak…….so aku ambil keputusan tengok dan dengar aja……)………

Dalam rancak-2 bersembang tiba-2 org tua tersebut mendiamkan diri…...lalu terus mengaji ( membaca ayat-2 suci Al Quran )……….lebih kurang 10 minit dia mengaji……….tiba-2 org tua tersebut memberi salam dgn suara yg garau……org tua tersebut telah bertukar perwatakan dgn membahasakan dirinya Raden Syarif Hidayatullah ( Wali Songo)……aku mula tersenyum dan dalam hati berkata-2…..” Ini Sunan Melayu ni………sbb dia bercakap dalam bahasa melayu utara , tak ada pelat jawa lansung “……….tersenyum ajalah………nak ketawa kuat-2 karang dikatakan tak hormat org tua-2 lak………..tapi dlm hati………..” mlm ni kita dah kena kelentong idup-2………hehehe”…………Sepanjang Sunan Melayu berada di situ tak lekang dgn nasihat berbaur agamanya…………..aku dengar aja la malas nak layan dah……………..

Di pendekan cerita hampir satu jam setengah kami disitu, maka kami pon mintak diri, tapi sebelum tu sempat juga la ditunjukkan batu cahaya bulan yang nak di maharkan dan beberapa barang lain…….” dlm hati aku berkata ini bukan batu cahaya bulan tapi batu serai “……tapi kata-2 itu tak terucap di bibir aku yg terucap cahaya bulan pun cahaya bulan la………..hehehe

Sebelum nak balik aku sempat la bersalam dgn org tua tersebut dan dlm salam tu aku hulurkan sedikit sedekah sebagai tanda terima kasih aku kerana kelentong aku dan kawan-2 aku……..dan mungkin ramai lagi yg sebelum aku dan selepas aku……………….

Donea, donea……………….hehehee