Tuesday, September 27, 2011

CEK BUNIAN 2

Satu ketika dulu d dlm blog ini PT (Pak Tam) pernah menceritakan ttg usaha seorg sahabat PT yg turun dari N9 utk menunaikan sekeping cek bunian, d rumah seorg sahabat PT juga d Manjung ini. Tetapi usaha tersebut gagal…….kerana org yg nak berurusan tersebut tertidor d dalam rumah yg d katakan d jadikan bank oleh org bunian. Tapi tak pa la juga sbb tuan empunya cek yg berurusan sendiri, so bila gagal tu org tak la kata apa sangat, tapi kali ini PT yg kena ……..hehehe
Kali ini turun lagi 2 org sahabat PT dari utara tanah air dgn membawa beberapa keping cek bunian dgn tujuan utk menunaikan cek tersebut. Tepat jam 9 .00 mlm 2 org sahabat PT sampai d Manjung dgn menaiki Toyota Rush. Maka kami pon berjumpa d sebuah restoran. Setelah menjamu selera maka kami menuju kesebuah rumah seorg sahabat utk berbincang dgn lebih detail, maklumlah d perkara pelik begini mana selesa nak berbincang d restoran yg terbuka mcm tu, kena la cari tempat tertutup sikit…….hehehe
Setelah berbincang dan masing-2 bersetuju, maka PT d tugaskan oleh seseorg yg PT anggap sbg abg. K, utk menjalankan upacara pertukaran cek tersebut . Dalam jangkaan PT abg K yg nak menguruskan pertukaran cek tersebut, tetapi sebaliknya PT yg d tugaskan. Memandangkan dia dah PT anggap sbg abg dan merangkap guru, maka terpaksa jugalah PT memikul tugas tersebut. Upacara itu akan d jalankan d sebuah bukit TR yg terletak tidak berapa jauh dari umah PT dan hanya 3 org saja d benarkan pergi ke bukit TR tersebut. Jadi yg lainnya termasuk abg. K terpaksa tunggu d umah saja. Setelah semua persiapan telah d buat, maka PT, Pembawa cek dan seorg lagi yg bertindak sbg pemandu pon berangkat menuju ke bukit TR tersebut.
Setelah tiba d bukit TR, PT pon memulakan upacara tersebut dgn d pantau oleh abg K yg dari rumah ……..cek tertersebut PT koyak dari kaki buku cek dan d letakkan d atas hamparan kain kuning yg berada d depan PT. Setelah kata kunci d baca, kunci d buka……. cek yg berada d depan PT pon terangkat dgn sendiri dan terapong setengah kaki dari kain kuning tersebut. Tiba-2 jatuh kembali ke atas kain. 3 kali perkara yg sama berulang. Setelah d soal siasat mengapa cek tersebut d d ambil dan d tukar, akhirnya baru dapat tahu, rupa-2nya cek tersebut telah tamat tempoh dan tak boleh d tukarkan lagi. Maka upacara terpaksa d tutup………gagal lagi.
Sampai balik d umah, baru tuan yg empunya cek cakap, mmg betul cek tu dah tamat tempoh dah setahun lebih dia dapat cek tersebut . Dia bawa sbb nak mencuba kot-2 masih boleh d tunaikan lagi. So apa nak buat…….belum ada rezeki lagi……….dlm hati, nasib baik PT tak kena tendang sbb bawa cek tendang…….. hehehe

Wednesday, September 21, 2011

CATATAN RAMADAN

Dah sebulan Pak Tam tak mencoretkan sebarang coretan atau nukilan apa-2.......bukan tak ada idea dan bukan juga tak ada cite yg menarik.......tetapi banyak cite-2 yg Pak Tam lalui sepanjang bln Ramadan yg lalu....tidak sesuai di catatkan di sini......walaupon banyak di antara cite tersebut mmg menarik jika di kongsi......tetapi memikirkan mungkin ianya akan menjadi fitnah bagi sesetengah pihak....adalah lebih baik tak payah di cite walaupon hati kecil memberontak..........hehehe

Saturday, July 30, 2011

SALAM RAMADHAN 1432

Ramai sudah sedia maklum yang umat Islam di Malaysia akan menyambut bulan Ramadhan pada hari Ithnin ini atau lebih tepat selepas Maghrib hari Ahad ini mengikut kalendar Islam kita sudah pun memasuki hari Ithnin.



Ramadhan merupakan bulan yang penuh keberkatan dan termulia bagi umat Islam. Padanya, bulan yang diwahyukan Al-Quran dan mengandungi malam Lailatul Qadar. Jadi Pak Tam mengharapkan kepada sesiapa yg membaca , memerhati dan kepada member-2 yg mengenali Pak Tam, yg beragama Islam, marilah kita sama-2 melipat gandakan amal ibadah pada bulan yg mulia ini. Tidak lupa pada umat Islam yang lain juga haruslah bersama-sama untuk meningkatkan ibadah serta memperbaiki diri.
Pak Tam juga memohon maaf kepada sesiapa sahaja jika ada Pak Tam melakukan kesilapan dan kesalahan sama ada secara sedar mahu pun tidak sedar. Moga Allah membalas pahala yang setimpal dengan kemaafan yang  diberikan.
Salam Ramadhan dan selamat beribadah Pak Tam ucapkan pada anda sekalian.

Friday, July 22, 2011

DUGAAN

Entah mengapa……..bulan ini merupakan bulan yg paling banyak Pak Tam mc, hampir 3 minggu 2 minggu d umah, hampir seminggu d wad hospital.

Tak tahulah mengapa……darah tak turun-2……tetap 200/120….. hehehe…..jantung Pak Tam pon tak henti-2 sakit, Nak kata Pak Tam ada sakit jantung…....pon entah la sbb doctor kat hospital pun tak berani nak sahkan, buat ujian e.c.g, scope, x-ray......ok je.....cuma nak buat stress test je.....dah 2 kali gagal di sudahkan…….baru je nak mula, darah dah naik melebihi 200/120………apa masalah dan puncanya Pak Tam sendiri pon tak tahu. Yg pasti, hari-2 Pak Tam kena ambil ubat darah tinggi dan jantung…..walaupun doctor sendiri tak dapat sahkan.....ubat tetap juga d beri…..hehehe…..... namun keadaan Pak Tam tetap juga mcm tu…………..Entah la……..inilah yg di katakan dugaan dari Allah swt………

Monday, May 16, 2011

AYAHKU KAWIN LAGI

Beberapa mlm yg lepas, setelah terkejut dari tidur, tiba-2 dada PT terasa sakit yg amat sangat, setelah makan ubat, ingat mau sambung tidur kembali, bila kepala d rebah ke bantal, dada kembali sakit, bagun semula, bila reda, nak tidur dada kembali sakit, akhirnya PT tak dapat melelapkan mata.
Bila nak tidur pon tak boleh, akhirnya PT mengambil keputusan berzikir saja, Baru lebih kurang 15 minit berzikir, tiba-2 PT rasa seolah-2 telah di bawa balik ke kg PT di Jln Kuala Kedah.
Di rumah org tua PT, kelihatan ramai org. seolah-2 ada majlis kenduri. Masuk je dalam umah PT nampak mak PT, amat sibuk menguruskan majlis tersebut. Lalu PT bertanya,

PT : Mak, ni kenduri apa ?

Emak : Kenduri kawin....

PT : Sapa kawin..

Emak : Ayah hang la, hg p tengok bini muda ayah hg dlm bilik tu !

Lantas PT pon p la tengok sapa yg ada dlm bilik, sebaik saja PT melihat melalui pintu bilik pengantin yg terbuka itu......tanpaklah kelihatan seorg perempuan yg memakai pakaian pengantin bewarna kuning air. Sungguh anggun dgn kulitnya yg putih bersih, d usia dlm linkungan 25 tahun. Fuhh.....Ayah aku kawin muda.......hehehe

Lalu PT pergi mendapatkan ayah PT dan mengucapkan tahniah, serta memeluknya erat-2, bagaikan pelukan sayang dari seorg anak yg merindui ayahdanya yg sekian lama tidak berjumpa.

Bersambung...........

Al Fatihah buat Ayahda dan Bonda, Semoga mereka berdua d tempatkan bersama-2 org yg solleh dan solehah.........Aminnnnn

SALAM KEMBALI

Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia,

Sudah hampir setengah tahun Pak Tam tak menulis atau meng update blog ini, dan sepanjang itu juga bermacam peristiwa suka dan duka, pahit manis telah PT lalui, Bermula dari peristiwa balik dari bertugas di Penang, masuk hospital, bercuti sakit yg panjang, masuk ke alam sebelah, sampailah kepada berita kematian seorg sahabat, yg sama-2 dgn PT memburu perkara mistik ( Al Fatihah buat Abg Lokman ), dan berbagai peristiwa yg tidak dapat di gambarkan di sini..........hehehe.

Insyaallah PT akan mula menulis kembali..............

Friday, December 31, 2010

Selamat Tahun Baru

Selamat Tahun Baru 2011.............mudah-han tahun 2011 ni membawa seribu pengertian dan seribu rahmat..........aminn