Saturday, July 30, 2011

SALAM RAMADHAN 1432

Ramai sudah sedia maklum yang umat Islam di Malaysia akan menyambut bulan Ramadhan pada hari Ithnin ini atau lebih tepat selepas Maghrib hari Ahad ini mengikut kalendar Islam kita sudah pun memasuki hari Ithnin.



Ramadhan merupakan bulan yang penuh keberkatan dan termulia bagi umat Islam. Padanya, bulan yang diwahyukan Al-Quran dan mengandungi malam Lailatul Qadar. Jadi Pak Tam mengharapkan kepada sesiapa yg membaca , memerhati dan kepada member-2 yg mengenali Pak Tam, yg beragama Islam, marilah kita sama-2 melipat gandakan amal ibadah pada bulan yg mulia ini. Tidak lupa pada umat Islam yang lain juga haruslah bersama-sama untuk meningkatkan ibadah serta memperbaiki diri.
Pak Tam juga memohon maaf kepada sesiapa sahaja jika ada Pak Tam melakukan kesilapan dan kesalahan sama ada secara sedar mahu pun tidak sedar. Moga Allah membalas pahala yang setimpal dengan kemaafan yang  diberikan.
Salam Ramadhan dan selamat beribadah Pak Tam ucapkan pada anda sekalian.

1 comment:

datura ai said...

salam ramdhan pak tam..^_^...