Saturday, July 30, 2011

SALAM RAMADHAN 1432

Ramai sudah sedia maklum yang umat Islam di Malaysia akan menyambut bulan Ramadhan pada hari Ithnin ini atau lebih tepat selepas Maghrib hari Ahad ini mengikut kalendar Islam kita sudah pun memasuki hari Ithnin.



Ramadhan merupakan bulan yang penuh keberkatan dan termulia bagi umat Islam. Padanya, bulan yang diwahyukan Al-Quran dan mengandungi malam Lailatul Qadar. Jadi Pak Tam mengharapkan kepada sesiapa yg membaca , memerhati dan kepada member-2 yg mengenali Pak Tam, yg beragama Islam, marilah kita sama-2 melipat gandakan amal ibadah pada bulan yg mulia ini. Tidak lupa pada umat Islam yang lain juga haruslah bersama-sama untuk meningkatkan ibadah serta memperbaiki diri.
Pak Tam juga memohon maaf kepada sesiapa sahaja jika ada Pak Tam melakukan kesilapan dan kesalahan sama ada secara sedar mahu pun tidak sedar. Moga Allah membalas pahala yang setimpal dengan kemaafan yang  diberikan.
Salam Ramadhan dan selamat beribadah Pak Tam ucapkan pada anda sekalian.

Friday, July 22, 2011

DUGAAN

Entah mengapa……..bulan ini merupakan bulan yg paling banyak Pak Tam mc, hampir 3 minggu 2 minggu d umah, hampir seminggu d wad hospital.

Tak tahulah mengapa……darah tak turun-2……tetap 200/120….. hehehe…..jantung Pak Tam pon tak henti-2 sakit, Nak kata Pak Tam ada sakit jantung…....pon entah la sbb doctor kat hospital pun tak berani nak sahkan, buat ujian e.c.g, scope, x-ray......ok je.....cuma nak buat stress test je.....dah 2 kali gagal di sudahkan…….baru je nak mula, darah dah naik melebihi 200/120………apa masalah dan puncanya Pak Tam sendiri pon tak tahu. Yg pasti, hari-2 Pak Tam kena ambil ubat darah tinggi dan jantung…..walaupun doctor sendiri tak dapat sahkan.....ubat tetap juga d beri…..hehehe…..... namun keadaan Pak Tam tetap juga mcm tu…………..Entah la……..inilah yg di katakan dugaan dari Allah swt………

Monday, May 16, 2011

AYAHKU KAWIN LAGI

Beberapa mlm yg lepas, setelah terkejut dari tidur, tiba-2 dada PT terasa sakit yg amat sangat, setelah makan ubat, ingat mau sambung tidur kembali, bila kepala d rebah ke bantal, dada kembali sakit, bagun semula, bila reda, nak tidur dada kembali sakit, akhirnya PT tak dapat melelapkan mata.
Bila nak tidur pon tak boleh, akhirnya PT mengambil keputusan berzikir saja, Baru lebih kurang 15 minit berzikir, tiba-2 PT rasa seolah-2 telah di bawa balik ke kg PT di Jln Kuala Kedah.
Di rumah org tua PT, kelihatan ramai org. seolah-2 ada majlis kenduri. Masuk je dalam umah PT nampak mak PT, amat sibuk menguruskan majlis tersebut. Lalu PT bertanya,

PT : Mak, ni kenduri apa ?

Emak : Kenduri kawin....

PT : Sapa kawin..

Emak : Ayah hang la, hg p tengok bini muda ayah hg dlm bilik tu !

Lantas PT pon p la tengok sapa yg ada dlm bilik, sebaik saja PT melihat melalui pintu bilik pengantin yg terbuka itu......tanpaklah kelihatan seorg perempuan yg memakai pakaian pengantin bewarna kuning air. Sungguh anggun dgn kulitnya yg putih bersih, d usia dlm linkungan 25 tahun. Fuhh.....Ayah aku kawin muda.......hehehe

Lalu PT pergi mendapatkan ayah PT dan mengucapkan tahniah, serta memeluknya erat-2, bagaikan pelukan sayang dari seorg anak yg merindui ayahdanya yg sekian lama tidak berjumpa.

Bersambung...........

Al Fatihah buat Ayahda dan Bonda, Semoga mereka berdua d tempatkan bersama-2 org yg solleh dan solehah.........Aminnnnn

SALAM KEMBALI

Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia,

Sudah hampir setengah tahun Pak Tam tak menulis atau meng update blog ini, dan sepanjang itu juga bermacam peristiwa suka dan duka, pahit manis telah PT lalui, Bermula dari peristiwa balik dari bertugas di Penang, masuk hospital, bercuti sakit yg panjang, masuk ke alam sebelah, sampailah kepada berita kematian seorg sahabat, yg sama-2 dgn PT memburu perkara mistik ( Al Fatihah buat Abg Lokman ), dan berbagai peristiwa yg tidak dapat di gambarkan di sini..........hehehe.

Insyaallah PT akan mula menulis kembali..............

Friday, December 31, 2010

Selamat Tahun Baru

Selamat Tahun Baru 2011.............mudah-han tahun 2011 ni membawa seribu pengertian dan seribu rahmat..........aminn

Wednesday, December 1, 2010

Tuesday, November 2, 2010

DISAKAT KAK PON DAN BUDAK BOTAK

Setelah hampir 2 bulan PT ( Pak Tam ) menetap di rumah yg di sediakan oleh Compeny PT, maka pada suatu mlm terjadilah satu perkara yg melucukan yg mungkin tak dapat Pak Tam lupakan.
Appartmant 2 bilik yg menyajikan panorama indah, pada mulanya tidak menunjukkan tanda-2 yg luar bias………sehinggalah pada suatu mlm. Seperti biasa sebagai seorg perantau…..sekali sekala terpaksa juga balik utk menjenguk family di Manjung, Perak. Dah menjadi satu kebiasaan PT akan bertolak balik dari Manjung ke Penang sebelah malam. Nak di jadikan cite pada mlm tersebut, dalam perjalanan balik dari Manjung, masuk saja Tol Cangkat Jering………..tiba-2 PT dan rakan PT terhidu haruman kasturi menyelubungi di dalam kereta kami………..bila di perhatikan ternampak seorg tua yg menumpang kami…………maka kami pun buat tak tau la………hilang saja org tua tersebut tiba-2 terhidu pula haruman bunga tanjung , di lihat di dalam cermin pandang belakang terlihat seorg perempuan yg memakai pakaian serba putih menumpang kami pula. Wpun Nampak tapi kami buat-2 tak Nampak aja.
Sehinggalah tiba d rumah penginapan dalam kul 1.00 pg…………badan terasa letih sangat. Akhirnya PT terus tertidur di dalam bilik PT dalam keadaan gelap gulita, rasa malas nak membuka lampu. Lebih kurang 15 minit tertidur………tidur PT telah di kejutkan oleh 2 org kanak-2 yg membuat bising hampir dengan kepala PT dan dok menepuk bantal yg PT tidur………..apa lagi mengamuk juga PT…….” Pergilah jgn ganggu aku nak tidor “………mereka teruskan juga ……..tiba-2 di hujung kaki PT terlihat pula seorg perempuan yg sedang berdiri……..n kemudian menarik narik ibujari kaki PT. Tiba-2 bulu romah tegak berdiri………..terasa seram sejuk la pula…………mungkin sejuk acond yg d pasang………hehehe.
Apa lagi terus PT bangun dan keluar dari bilik. Menuju ke ruang tamu………di mana sahabat PT baru nak tidor. Dia hairan melihat PT yg tiba-2 keluar………..sedangkan dia dah tengok PT tidor tadi. Setelah menceritakan apa yg PT alami kepada dia n selesai saja menghisab sebatang rokok………maka PT pun kembali ke bilik utk menyambung tidor………..baru nak lena tiba-2 PT sekali lagi di kejutkan bila terasa ada sesuatu yg bergerak di sebelah belakang PT. ……..bila d toleh aja………apa yg terlihat rupa-2nya sahabat PT……….yg entah bila telah masuk ke bilik PT, lalu tidur d sebelah PT. Bila di Tanya……….rupa-2nya selepas PT masuk bilik………..dia pula telah di ganggu…………hehehehe…………….