Gambar sekadar hiasan
DUIT TANDA TANGAN ALI ABU HASAN YG DIKATAKAN TANDA TANGAN AISYAH ( GABENOR BANK BUNIAN)
Ramai yg mengetahui dan biasa dengar tentang orang bunian. Dikatakan mereka ini terdiri daripada salah satu bangsa Jin yang menyerupai dan hidup seperti manusia. Ada juga setengah pendapat mengatakan yg bunian ini adalah hasil perkawinan antar jin dengan manusia, maka lahirlah apa yg dikatakan bunian. Golongan bunian ini, dikatakan terbahagi kepada 2 iaitu kampong dan bandar. Yg kampong di katakana seperti keadaan kita di zaman 70an, manakala yg bandar adalah seperti keadaan bandar metropolitan kita di hari ni malah setengahnya lebih moden. Di Bandar mereka sama juga dengan keadaan bandar kita di mana mereka juga mempunyai kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air paip, hospital, bomba dll. Dgn kata lain apa yg ada di bandar kita, depa pon ada juga. PT pernah mendapat no telipon mereka, mmg moden betul no telipon pond ah sampai 13 digit sedangkan no telipon di dunia kita pon baru 7-8 digit je. So tidak hairanlah kalau ada di antara bank mereka di sana ada yang menawarkan pinjaman peribadi kepada manusia yang berada di luar alam mereka itu.
Seorg sahabat PT, Pian namanya, pernah ditawarkan untuk membuat pinjaman peribadi oleh bank bunian.
Gambar sekadar hiasan
Kisahnya terjadi selepas peristiwa kehilangan kandungan isterinya, secara tiba-tiba sekitar tahun 2008 yg lalu. Dia dan isteri terkejut dgn kehilangan anak yg di kandung isterinya dan hairan kenapa kejadian sebegitu berlaku kepada mereka. Menurut saudara mara dan sahabat handai, anak sulung mereka itu telah di ambil orang bunian, tapi Pian, tidak percaya kerana mustahil jin (bunian) boleh ambil anak manusia kerana jasad manusia tidak sama dengan jin (bunian).
Seminggu selepas kehilangan anak di dalam kandungan isterinya, tiba-2 satu hari dia berjumpa dengan seorang lelaki tua dengan memakai jubah dan berserban putih di sebuah masjid yang tidak jauh daripada kawasan perumahannya. Lelaki itu seolah-olah kenal rapat dengannya. Tanpa prasangka, syak apa-2, Pian pon berjabat salam dengannya. Selesai sembahyang, org tua itu sekali lagi datang berjumpanya. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Hj Salam yg merupakan orang bunian yg telah mengambil dan memelihara anak sulungnya itu.
Gambar sekadar hiasan
Pian yg terkejut dgn kata-2 org. tua tersebut, masih tidak percaya dengan dakwaan org tua tersebut dan meminta agar orang tua itu membawanya berjumpa anak sulungnya itu di alam bunian sebagai bukti kata-katanya benar. Orang tua itu bersetuju dan membawanya ke rumahnya di alam bunian. Sejak itu, Pian boleh berhubung dengan alam bunian dan dia juga di benarkan berjumpa dgn anaknya bila-2 masa yg dia suka.
Selang beberapa tahun kemudiannya, Pian mengalami masalah kewangan. Lalu orang tua itu pun memberikan jalan penyelesaian. Caranya ialah dengan membuat pinjaman peribadi dengan bank orang bunian.
Lelaki tua itu telah memberi satu rangkaian nombor rahsia kepada Pian, yg berjumlah 13 digit. Pian pon terpinga-2 bila di beri 13 digit no tersebut. Setelah di beritahu baru Pian tahu, yg no, yg di berikan oleh org tua tersebut adalah no talipon. Maka Pian pon di suruh menghubungi bank tersebut melalui no talipon yg diberikan. Nombor tersebut adalah 800045xxxxxxx dan Pian di suruh menghubungi bank tersebut di sebelah malam. Selang beberapa hari kemudian, Pian telah menghubungi nombor berkenaan tetapi tiada jawapan diterima. Dicuba dail sekali lagi……baru kedengaran suara wanita menyambut panggilan tersebut lantas wanita tersebut memberitahunya yg dia layak untuk membuat pinjaman peribadi daripada bank tersebut tetapi dia perlu memenuhi beberapa syarat kelayakan bank.
Antaranya, wanita itu memberitahu, yg Pian perlu megkhatam Surah Al Ikhlas, 70 ribu kali dlm masa 1 hari 1 mlm, bersembahyang jemaah di 70 buah masjid dlm masa 1 minggu. Itulah di antara syarat-2 yg di kenakan sebagai kelayakan untuk mendapatkan pinjaman. Jika tidak, pihak bank tidak dapat meluluskan pinjaman peribadi Pian.
“Pian bertanya lagi wanita itu, macam mana pula cara membayar balik pinjaman itu. Wanita itu berkata, Pian cuma perlu masukkan duit ke dalam akuan bank yang biasa yang Pian gunakan dan pihaknya akan menguruskan soal pemotongan itu dengan bank berkenaan kemudiannya.
Begitu juga jika pinjaman Pian itu dilulus, pihaknya akan terus memasukkan duit itu ke dalam akaun simpanan Pian.
Memandangkan Pian sendiri merasa tawaran pinjaman dan syarat -2 yg di kenakan oleh pihak bank bunian itu tidak lojik di akal, maka Pian telah telah menolak tawaran tersebut. Baginya, walaupun dia berpeluang tetapi syarat lain yang ditawarkan itu sukar baginya kerana kelayakan sebenar untuk berjaya meminjam adalah terdiri daripada kalangan orang-2 terpilih sahaja.
Menurut cerita lelaki tua berjubah putih itu, dah ramai manusia yg pernah mendapat pinjaman peribadi daripada bank bunian, tapi banyak di antara mereka yg merana kemudian harinya kerana tidak mampu membayar balik dan melanggar janji. Bank bunian tidak menentukan jumlah amaun yg perlu dibayar balik, tetapi peminjam perlu membayarnya tanpa boleh lari daripada hutang tersebut, meskipun berjumlah RM1.
Sifat ketamakan manusia dengan sikap ketidak jujuran pada sesuatu perjanjian, menyebabkan mereka ditimba pelbagai musibah sehingga ada yg meninggal dunia. Orang bunian mementingkan kejujuran dan keikhlasan serta keredaan. Bagaimanapun, sekiranya peminjam meninggal dunia sebelum habis hutangnya, baki hutang itu dianggap selesai dunia akhirat.
No comments:
Post a Comment