Thursday, March 5, 2009

Cek Bunian

Dua hari lepas seperti biasa selepas menunaikan sembahyang magrib.aku menonton tv, sedang asyik aku menonton tiba-tiba hp aku berdering, Kawan aku call, “ Pak Tam datang umah aku segera, org N9 dah sampai “. “Ok, sebentar lagi selepas hujan reda aku akan sampai” jawap aku ringkas. Lalu menyambung semula menonton tv. Di luar rumah hujan masih mencurah-2 dgn lebatnya dan aku terus melayan berita pedana ttg kemelut di Perak.

Lebih kurang sejam aku menunggu, hujan pon dah mula reda, tanpa berlenggah, aku terus memakai pakaian dan keluar dgn menaiki motosikal kerumah kawan aku yg terletak kira-kira 3 km dari umah aku,

Sampai saja di umah kawan aku, aku lihat 2 org sahabat sedang menunggu, mereka datang dgn menaiki kereta kancil …...Aku perhatikan berbagai barang telah tersusun di atas meja kecil di depan mereka, antaranya keris, lawi ayam, sundang, berbagai jenis batu batu dan yg paling penting ialah cek pemberian org bunian, itulah matlamat utama mereka turun dari negeri 9 ke Manjung……..setelah berbual mesra, baru aku perasan yg seorg dari 2 org sahabat tu aku pernah jumpa iatu Ustz. S……. “ Saya rasa saya pernah pi jumpa Ustz. di umah Ustz. di Semenyeh lebih kurang 3 tiga tahun lepas” terkeluar kata-2 dari mulut aku. “Ya ka” jawab Ustz. ringkas, Dia bertanya lagi “ Cik pergi dgn sapa, atas urusan apa “ Jawab aku “ saya ikut kawan Ustz. depa p atas urusan nak bertanya cara nak masuk alam bunian”…..Oooo jadi apa keputusannya tanya Ustz. balik ,….Aku jawab…….” Ustz. tak bagi apa-2 keputusan cuma ustz. suruh balik berfikir, lepas tu dtg balik………itu je” , Maka ustz pon berceritalah sbb apa dia suruh balik dulu……maka terjalin la persahabatan semula.

Di pendek kan cite Ustz. S…….. pon menyampaikan maksud dan tujuan dia datang. Dia dtg sbb di ajak oleh teman dia yg sorg lagi tu…………yg membawa hajat utuk menunaikan cek pemberian org bunian. Aku dan sahabatku cuma berikhtiar utk menunaikanya saja……….boleh atau tidak hanya Allah saja yg tahu………..setelah selesai persiapan dan perbincangan dibuat maka kami pon meminta sahabat yg berhajat itu masuk utk berurusniaga.……….setelah sejam berlalu, sahabat yg masuk berurusniaga itu tidak juga keluar. Pelik juga takkan berurusniaga begitu lama ‘ aku berkata-2 dalam hati “ lalu aku mintak seorg sahabat aku masuk utk melihat apa yg terjadi, lebih kurang 5 minit sahabat aku keluar sambil tersenyum………apa yg terkeluar dari mulutnya ” mau tak lama, dia tertidor “………kami juga tersenyum “ sambil aku berkata…. “ cam na mereka nak berurusan , kalau org yg nak buat urusan tertidor “……..tapi tak pa la……..belum nak ada rezeki ……..Sahabat dari N9 tu pon mohon maaf kerana dia tertidor………dan dia berjanji akan dtg sekali lagi utk menunaikan hasratnya……..katanya dia benar-2 letih sbb drive dari N9 ke Manjung,……….aku pon tak kata apa la memandangkan umurnya pon dah melebihi 50 th……..Cuma aku kata “ belum ada rezeki lagi.
Di masa yg sama juga Ustz. S…….. juga berjanji akan dtg sekali lagi dgn hajatnya yg sama seperti sahabatnya itu……….

Kira-2 kul 3.50 am, Ustz. S……. dan sahabatnya memintak diri utk pulang………..maka selepas bersalaman mereka pon pulang………Lepas depa pulang, ku pon berkata kepada kawan aku “ kesian kat depa datang jauh-2 tak dapat apa-2 , tapi apa nak buat dah dia tertidor “………..tak pa cuba lagi…………………

Dalam kul 4.00 am aku lak mintak diri dari sahabat aku utk pulang kerumah……………al maklum la esoknya aku keja........hehehe.......

Sekian

No comments: