Wednesday, September 23, 2009

Mengapa Perlu Sembahyang/Solat?

Bunyinya seperti satu soalan yang bodoh, tetapi mengapa ramai dikalangan masyarakat kita mengambil mudah akan hal sembahyang. Tidak Allah jadikan sesuatu itu tanpa kebaikannya, seperti puasa yang sebelum adanya kajian sains mengenai faedahnya puasa dari sudut kesihatan, majoriti menganggap itu adalah perintah Allah dan kita harus melakukannya. Dengan adanya lapuran kajian faedah puasa, yang taat berpuasa semakin beriman kepadaNya dan yang sebelum ini liat untuk berpuasa mungkin tergerak akan hatinya untuk melakukannya.

Bagaimana pula dengan sembahyang yang juga rukun islam, ramai yang berpuasa tetapi tidak sembahyang, mungkin bagi golongan tersebut, puasa lebih kepada tradisi untuk berhari raya kerana tanpa puasa, hari raya tidak lah bermakna, mereka ini sedar yang puasa tanpa sembahyang sia-sia sahaja tetapi masih tidak terbuka hati untuk sembahyang. Mungkin dengan adanya lapuran kajian sains akan faedah sembahyang barangkali akan berubah hati mereka untuk sembahyang?

Tidak perlu kajian sains faedah sembahyang bagi yang beriman kerana itu perintah Allah, tetapi sembahyang yang diterima hanyalah yang khusyuk, jadi tidakkah sia-sia sembahyang mereka yang tidak khusyuk? Adakah mereka juga sama dengan golongan yang tidak sembahyang? Sembahyang yang diterima iaitu yang khusyuk atau fokus dapat mencegah manusia dari kemungkaran, tetapi bagaimana kekhusyukan itu mengubah sikap manusia dari kemungkaran? Apakah proses didalam diri manusia itu sendiri dari sudut sains? Saya terjumpa kajian mengenai otak oleh Dr. Daniel Amen, pakar brain scan dr USA. Didalam websitenya ada beberapa photo imbasan otak dari pelbagai individu dengan pelbagai masaalah didalam otak yang mencorak minda mereka.


Perhatikan imbasan otak mereka yang bersyukur dan mereka yang tidak? Mereka yang selalu bersyukur otaknya aktif hampir secara menyeluruh berbanding dengan yang tidak (biru mewakili kawasan yang aktif manakala yang merah adalah kurang aktif). Otak yang aktif keseluruhannya, cara individu itu berfikir sudah semestinya lebih berbeza berbanding otak yang kurang aktif. Kepandaian, nilai moral, daya ingatan, tahap creativiti, prestasi akademik, kepekaan, nilai moral, kecergasan, kestabilan dan kawalan emosi yang baik, kematangan dan sebagainya adalah hasil dari otak yang berfungsi secara keseluruhannya. Jika kita kaitkan dengan sembahyang, bukankah sembahyang itu cara kita mengucapkan kesyukuran kita kepada Allah? Hampir keseluruhan bacaan didalam sembahyang itu lebih kepada puji-pujian kepadaNya. Buktinya juga dapat dilihat dari majoriti individu yang cemerlang didalam peperiksaan adalah mereka yang menjaga sembahyangnya.

Apa bezanya mereka yang khusyuk dengan yang tidak. Selain dari mendekatkan diri kita dengan Allah, khusyuk dan fokus itu membantu kita mencapai apa sahaja impian hidup kita didunia ini. Ramai yang tahu mengenai Law of Attraction yang kita boleh capai apa sahaja hajat didalam hidup kita ini jika kita fokus didalam fikiran kita apa yang kita inginkan, jadi jika kita boleh fokus kepada Allah didalam sembahyang, amat mudah untuk lebih fokus kepada apa yang kita hajati dari segi harta, kasih sayang, kesihatan dan sebagainya.

Dengan taatnya kita kepada Allah, melalui sembahyang dan selalu bersyukur kepadaNya, bukankah untuk mencipta realiti yang kita inginkan amat mudah. Percaya akan keesaanNya, pemurahNya, pengasihNya, apa yang kita hajati sudah ada digenggaman kita, beriman kepadanya. Apa itu beriman? Percaya kepada sesuatu yang tidak bolah dibuktikan jadi jika kita percaya kepada Allah, apa yang kita hajati tidak mustahil. Itu yang dinamakan mencipta realiti kita sendiri, dengan keredhaanNya.


Ini pula gambar imbasan otak yang dinamakan surface scan. Perhatikan otak mereka yang ganas berbanding mereka yang normal? Perhatikan bahagian depan otak (prefrontal cortex) yang tidak sempurna. Prefrontal cortex ini merupakan CEO bagi manusia itu sendiri, secara rasional menjadi penapis kepada segala tindakan primitif ganas (pemikiran haiwan). Bahagian depan otak yang kosong itu bukan bermakna ianya kosong secara fizikal tetapi tidak aktif kerana tiada darah yang pergi kebahagian tersebut. Prefrontal cortex haiwan tidak sempurna, kecil atau tiada, sebab itu mentaliti mereka fight or flight, lawan atau lari. Manusia yang ganas, kaki panas baran contohnya besar kemungkian frontal cortex mereka tidak berfungsi, sebab itu mereka selalu membuat keputusan yang tidak bijak. Penjenayah berat tiada belas ikhsan terhadap manusia, seperti didalam dunia haiwan, sebab itu harimau boleh makan manusia kerana tiada sifat ihsan. Bagaimana dengan manusia yang sanggup berbunuhan sesama sendiri?

Apa yang menyebabkan "kosong"nya frontal cortex kita? Stress adalah penyebab utama, hampir semua aktiviti dizaman moden meningkatkan stress. Ketika stress, pemikiran primitif mengambil alih, ini mengalih aliran darah ke prefrontal cortex dan kesan dari stress yang berterusan, makin tidak aktif lah prefrontal cortex manusia tersebut. Keduanya kerana kita semakin tidak menggunakan otak kita, contohnya dulu untuk pengiraan kita pantas mencongak, sekarang kalkulator pasti akan dicapai dahulu untuk membuat pengiraan, kemodenan itu tidak salah, tidak sedar kesan kemodenan kepada fikiran itu yang bahaya.

Bagaimana sembahyang yang khusyuk mencegah dari kemungkaran? Bila kita khusyuk, minda kita menjadi lebih tenang, kita berhubung dengan zat-zat Allah yang tenang dan aman, ini menghilangkan ketegangan dan bila kita fokus kepadaNya, prefrontal cortex kita akan diperbaiki dan dengan proses yang berulang2 (sembahyang yang khusuk), otak kita akan menjadi lebih sempurna dan boleh berfikir dengan lebih waras. Bayi didalam kandungan tenang dan aman, selepas lahir jika cukup makan dan tidurnya, aman tenteram tidur dengan nyenyak, itu lumrah alam.

Bagaimana pula dengan sujud? Apakah kesannya? Bukan kah ketika sujud bahagian yang paling rendah adalah prefrontal cortex iaitu ketika dahi mencecah bumi? Dengan kedudukan jantung yang lebih tinggi bukankah itu memaksa darah kebahagian tersebut lantas membaiki, mengaktifkan bahagian tersebut? Hasilnya kita boleh membuat keputusan yang lebih bijak, boleh berfikir mana yang baik dan buruk, boleh mencegah dari kemungkaran.

Otak umpama pasukan orkestra yang mana sebelum konduktor muncul semua pemuzik membuat hal masing-masing, tetapi bila konduktor muncul dan mengetuai mereka, musik yang terhasil amatlah indah. Otak umpama pasukan orkestra dan konduktor adalah prefrontal cortex otak kita. Lebih fokus kita dalam sembahyang/meditasi, lebih sempurna frontal cortex kita seperti didalam brain scan tersebut.

Meditasi dikatakan mampu memulihkan fungsi otak menjadi lebih sempurna, meditasi memerlukan fokus pada sesuatu dalam suatu jangka masa. Transcendental meditation seperti yang di kaji dan digalakkan oleh Universiti Maharishi menghubungkan diri dengan sumber kehidupan dunia ini yang mereka gelar "unified field". Kerana jahilnya mereka, tidak mereka sedari "unified field" tersebut sebenarnya adalah zat-zat Allah yang mana darinya muncul lah semua kehidupan didunia ini. Gambar di bawah ini adalah kesan pada otak hasil dari proses meditasi tersebut.


Sembahyang juga adalah satu bentuk meditasi, ramai menyalah anggap yang meditasi itu meniru agama lain, meditasi adalah satu cara memfokuskan pada sesuatu dan tenangkan fikiran, fokus pada sesuatu samada bacaan, musik, pernafasan, imaginasi dan sebagainya. Didalam Islam, sembahyang melakukan beberapa gerakan tetapi fikiran kita perlu khusyuk/fokus kepada Allah dan zat-zatNya, tiada bezanya dengan meditasi, prinsipnya tetap sama.

Jadi ada perbezaannya mereka yang sembahyang dan tidak dan ada bezanya mereka yang khusyuk dan tidak, jadi sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan dan khusyuklah kamu agar kamu mendapat keredhaan Allah dan menjadi manusia yang lebih bijak pemikirannya.

Sumber dari Dr Amen Clinics & Dr John Hagelin.

Tuesday, September 22, 2009

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin


Assalammu alaikum wr. wb,

Ramadhan sudah diambang pintu,
Jika Allah berkehendak InsyaAllah kita akan menemui Syawal dengan penuh kemenangan.
Semoga kata taqwa InsyaAllah akan menjadi milik kita yang
berharga sebagai modal untuk langkah kita selanjutnya
sementara salah paham, kesedihan, ego, sakit hati, adalah sebahagian dari proses
 kehidupan kita.

Teringat kelemahan diri akan segala khilaf dan salah...
semoga Ramadhan ini membawa kebaikan, dan kesejukan...
seperti layaknya embun di pagi hari
berkilau ditimpa cahaya mentari...dan
semoga Syawal yg menjelma akan terus dianugerahi keheningan di hati...
seperti layaknya telaga Kautsar..

Dengan segala kekurangan dan kerendahan hati serta keikhlasan atas semua kekhilafan dan kelalaian
yang pernah Pak Tam lakukan
baik secara nyata mahupun melalui dunia maya,
Jauh didalam hati yang sentiasa didalam genggaman Allah,

Pak Tam mengucapkan :

" Selamat Hari Raya “
 Maaf Zahir dan Batin. "
 
Semoga Allah menerima amalan kita di sepanjang bulan Ramadhan dan bulan-2 seterusnya InsyaAllah disamping mengampuni semua dosa-dosa kita dan memberikan keberkatannya
Aminnnnnnn…...
Wassamu'alaikum Wr. Wb,.

Monday, August 31, 2009

Perginya Tak Kembali Lagi


Jumaat lepas adalah hari yg paling sedih buat anak-2 aku, terutamanya Amzar, Azim dan Aisyah……..kesedihan mereka bermula apabila mereka melihat salah seekor kucing kesayangan mereka yg dipanggil “ Kelabu”…….telah mati. Apa lagi tanpa segan silu anak lelaki aku yg berusia 12 tahun……….menangis bagaikan terkena histeria, melihat abangnya menangis terisak-2 ,apa lagi anak aku yg bongsu iaitu Aisyah juga turut menangis diikuti dgn anak lelaki aku yg sorang lagi Azim. ……………melihat kesedihan mereka……….aku juga turut terharu………..dengan kasih sayang yg mereka tunjukkan , walaupon terhadap seekor binatang.
Hinggakan sampai tengah hari .....ketika aku balik utk menunaikan solat Jumaat………..aku lihat mata Abang ( Amzar )…….masih lagi digenangi air mata dan matanya merah dan bengkak………akibat dari menangis yg teramat sangat.
Aku sedar dialah yg paling menyangi binatang diantara anak-2 aku yg lain dan selama ini jugalah dia yg lebih memberi tumpuan terhadap binatang-2 tersebut………dia juga yg bersusah payah memcari kayu dan membuat sangkar untuk 2 ekor kucingnya iaitu Putih dan Kelabu………..dan dia jugalah yg sering memandikan dan memberi makan kucing tersebut. Bila malam terutama jika hari hujan……dia juga yg keluar memantau kucingnya dari kesejukan. Adiknya Azim dan Aisyah hanya membantu saja bila disuruh.
Yg aku pelik sikit, jika dilihat secara zahir, perwatakan abang ( Amzar )…….ianya agak kasar dan panas baran………..tapi bila dengan binatang dia memang penyayang . Inilah kali ketiga aku melihat dia menangis kerana binatang.
Kali pertama apabila kucing yg di sangka tak bertuan yg dia jumpa dekat dengan longkang dalam keadaan comot, diambil di bawak balik dan dimandikan. Lebih kurang 3 bulan dia membelanya……tiba-2 datang anak tuan punya kucing tersebut dan menuntutnya kembali. Dengan bercucuran air mata dia menyerahkan kembali kucing tersebut kepada budak tersebut.
Seminggu selepas itu secara kebetulan aku bertemu dengan org menjual Arnab , jadi untuk mengembirakan hatinya, aku membeli seekor arnab…………..alangkah gembiranya dia apabila melihat aku membawa balik seekor arnab. Kegembiraannya itu juga tidak bertahan lama……..lebih kurang sebulan, arnab itu pulak mati tanpa diketahui puncanya…………inilah kali kedua aku melihat anak lelaki aku menangis……….sambil mengcangkul tanah utk kebumikan arnabnya……..sambil itu jugalah dia menangis……….
Kini perkara yg sama berlaku lagi setelah hampir setahun aku membela 2 ekor kucing tersebut. Buat anak ku……….Abah berbangga dengan sifat kasih sayang yg Abang tunjukkan sesama makhluk………tabahkan lah hati Abang…………setiap makhluk yg hidup pasti akan mati……….cuma lambat atau cepat saja…………….

Thursday, August 6, 2009

Misi Ke Seberang Prai


Cempedak dan Rambutan yg lebat berbuah

4.00pm. Sabtu yg lepas………aku bersama sahabat ku Abg Mee bertolak dari Manjung ke Carok Tok Kun, …nak kata pon tak tau Carok Tok Kun ni dlm kawasan mana, Bukim Mentajam ka, Bukit Minyak ka, Junjung ka……….yg aku tau kami sampai sana dah dekat nak magrib.
7.00pm. Setelah berjumpa dgn sahabat kami Rosli, maka kami berdua dipelawa naik kerumah, tetapi kami memilih utk. berehat di sebuah pondok yg dibina didalam dusun rambutan berhampiran dgn rumah org tua Rosli……..alangkah nyamannya berada di situ………baru lebih kurang 10 minit kami bersembang maka kedengaran azan berkumandang di udara……….maka Rosli pun mintak kebenaran utk menunaikah solat magrib di rumah………ketika Rosli melangkah meninggalkan kami terkenang aku semasa kami singgah minum di hentian Bukit Merah ptg tadi…….kami betembung dgn rombongan member-2 di tempat keja kami……..” …Ishhh tak ada muka lain ka? Kata Mat Khir semasa bertembung dgn kami………..kami hanya tersengih je…………selepas sembang seketika maka tahulah kami yg mereka hendak menghadiri Seminar di UUM, Sintok, Kedah……
7.45pm. Sambil tersenyum sendirian aku melangkah meninggalkan abg mee…….” Nak kemana ? Tanya abg mee……..nak p bilik air jap……jawab aku ringkas……….
8.00pm. Setelah menunaikan solat magrib di pondok sahabat kami yg terletak dalam dusun rambutan …….tiba kami dikejutkan dgn org memberi salam……….” Assalamualaiku …….Rosli ada ? sapa seorg lelaki dari jarak 5m dari pondok kami…………Waalaikumussalam wrt…..jawab abg mee…………. “ ..Rosli ada atas rumah……mungkin tgh sembahyang…..”Tak pa kami p jumpa dia di atas……jawab lekaki tersebut……sambil kedua-2nya berpatah balik menuju kerumah sahabat kami , maka kami pon menyambung zikir kami, yg tergendala sebentar tadi.
Selesai berzikir………sambil dok sembang……perut kami terasa lapar………maklum la dalam keadaan cuaca sejuk selepas hujan………perut pon mula la berkeroncong. Kami berdua bercadang utk mengajak Rosli keluar makan sebentar lagi, sementara menunggu Rosli kami pon berbual-2…..entah apa yg dibualkan pon kami sendiri tak tau……..hehehe.
8.20pm. Lebih kurang 20 minit……….baru kelihatan bayang Rosli dalam kesamaran senja, berjalan menuju kearah kami,………belum sempat kami nak buka mulut nak ajak Rosli pi makan…….Rosli bersuara terlebih dahulu…… “ dok kejap ya…….saya kena pi Seberang Perai …….2 org tadi mintak tolong tengokkan kedai depa, maaf ya “…….ok..tak pa-2, pi lah…….jawab aku ringkas………

Buaiyan Pusing di Fanfair

8.30pm . Setelah Rosli dan 2 org lelaki tu keluar……….kami berdua pon turut juga keluar utk mengisi perut yg dah berkeroncong sedari tadi…………setelah berlegar legar mencari restoran yg sesuai…..maka kami berjumpa dgn satu restoran mamak …….berhampiran dgn. ” Fanfair Carok Tok Kun”……………..tengah dok sedap mengisi perot……….tiba-2 hp aku berdering………tercatat “ Ali Ayah Pin “ di skrin hp aku……..
Ali Ayah Pin merupakan sahabat lama aku yg sama-2 belajar dari Ayah Pin ( Bukan ayah pin kerajaan langit tu, tapi ini Ayah Pin org Bagan, secara kebetulan nama dia pon Ariffin maka kami pon panggil dia Ayah Pin) dah setahun lebih aku tak jumpa…….Cuma sekali sekala bertanya khabar melalui hp. Dah banyak kali dia nak jumpa dgn aku…….tapi setiap kali aku ke Penang, tak pernah aku memaklumi beliau…….bukan tak nak jumpa tapi ada urusan lain dan kesuntukan masa………..memandangkan aku pon free mlm tu maka aku pon jawab panggilan dia………
Ali : Assalamualaikum…syeikh
Aku : W’salam……..
Ali : Apa Khabar………syeikh ada di mana ?
Aku : Aku ada kat Carok Tok Kun
Ali : Uittt……..dekat dah tu………..boleh la kita jumpa kalau tak mengganggu, aku skrg ada di Sg Dua.
Aku : Boleh…….apa salahnya…….kalau nak jumpa dtg ke Restoran mamak depan Fanfair Carok Tok Kun……..hg tau kan…..
Ali : Ya aku tau……ok….ok jap lagi aku sampai……..Assalamualaikum ……….sambil memutuskan panggilan.
9.00pm. Lebih kurang 30 minit aku menunggu…….maka Ali pon sampai bersama sorg sahabat. Maka bermulalah episod cerekarama……….maklum la dah lama tak jumpa………………berbagai perkara yg dibualkan.
10.30pm. Dalam keasyikkan berbual………kami dikejutkan dgn bunyi hp abag mee. Rupanya panggilan dari Rosli memberitahu kepulangannya . Maka setelah memesan roti canai 10 bijik utk dibawak pulang ke rumah Rosli, maka kami pon terus balik.
10.45pm. Tiba dirumah Rosli telah ramai yang menunggu………………………….

JADI KENA TUNGGU LA SAMBUNGANNYA…………..

Friday, July 3, 2009

Tanda-tanda kiamat kecil

Dari Wikipedia, ensaiklopedia bebas
(Dialih dari Tanda-tanda kiamat kecil.)


Antara tanda-tanda kiamat kecil berdasarkan hadis:

1.Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

2.Zina bermaharajalela
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

3.Bermaharajalela alat muzik
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah;
"Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

4.Menghias masjid dan membanggakannya
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

5.Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

6.Ramai orang soleh meninggal dunia
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad

7.Orang hina mendapat kedudukan terhormat
"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani

8.Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

9.Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

10.Bulan sabit kelihatan besar
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

11.Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

12.Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

13.Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

Istilah Pertanyaan Kaum Wanita

Bagi kaum lelaki yg. kurang faham atau tak faham dgn istilah org pompuan ni, cubalah faham-fahamkan........

1. Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

2. Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

3. Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

4. Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

5. Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

6. Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

7.Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik,memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you. Rasa macam nak jadi awek you je.

8. Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

9. Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

10.Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

Ini cuma contoh saja. Tapi, memang ia selalu berlaku. Kalau tak percaya, cuba tanya isteri atau awek masing-masing, betul tak cakap di mulut tak sama dengan niat di hati. Bukannya kaum perempuan ni tak jujur dalam meluahkan isi hati mereka tapi, maklum la, kaum perempuan ni kan pemalu.

Tuesday, June 9, 2009

Rahsia Jari Kita

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ..."Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

1. Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

2. Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

3. Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipat gandakan.

4. Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

5. Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.