Wednesday, March 17, 2010

AL- FATIHAH BUAT TEMAN DAN JUGA GURU



Al Fatihah Buat Arwah Hasbullah....

Pada tanggal 15 hb Mac 2010, jam 5 pg aku mendapat perkhabaran mengenai kehilangan seorang teman karib yg juga merupakan seorg guru bagi ku.

2 minggu yg lepas aku dikunjungi oleh Arwah, setelah sekian lama tidak bersua muka......mungkin masing-2 sibuk dgn urusan masing-2...... Al-fatihah utk beliau yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 4.00a.m 15hb Mac 2010 di Hospital Putrajaya.

Menurut adiknya, Arwah mengadu sesak nafas.....dan mmg itupun masalahnya yg aku di beritahu, sejak kebelakangan ini dan ketika aku bertemu dgn arwah 2 minggu lepas. Sebelum ini telah beberapa kali arwah telah dimasukkan ke Hospital Besar Ipoh......oleh kerana sakit yg tidak reda akhirnya arwah telah dibawa pulang oleh isterinya ke kg halaman suaminya di Pucong, Selangor. Hinggalah pada awal pagi jam 3, keadaan arwan semakin gawat....yg akhirnya arwah telah dihantar oleh adiknya ke Hospital Putrajaya. Doktor telah memasukkan arwah ke ICU.....yg akhirnya kira-2 1 jam berada di dalam ICU arwah telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 4.00am.

Setelah melalui rawatan ctscan, doktor mengesahkan kedua-2 buah pinggang arwah telah tidak berfungsi atau dgn kata lain telah rosak. Darah beku telah menghalang pengaliran darah ke buah pinggang. Itulah yg menyebabkan beliau sakit yg teramat sangat.

Pembedahan juga tidak dapat dilakukan kerana tekanan darah yg terlalu tinggi. Jadi, doktor terpaksa menunggu tekanan darah menurun hingga ke tahap seminimum yg boleh supaya tidak menghadapi risiko yg terlalu tinggi. Segala usaha telah dilakukan termasuk memasang mesin-mesin bantuan namun Allah lebih menyayangi arwah, yg akhirnya pada 4.00 pagi, beliau telah menghembuskan nafas terakhir...


Al-Fatihah.....buat Hasbullah dan Takziah buat keluarganya...........Aminnnn